OBJEKTIF
Memberi jagaan, perlindungan, rawatan dan pemulihan kepada warga tua yang uzur, daif dan tidak berwaris dalam suasana yang selesa dan harmoni.
PENGENALAN
Lokasi :
Terletak di Bandar Al-Mukhtafi Billah Shah, Dungun, Terengganu dengan keluasan 8.87 hektar. Dihubungkan dengan Kuala Terengganu melalui Lebuhraya Pantai Timur II (LPT2) dengan jarak perjalanan 105 KM.
Kapasiti :
Jumlah penghuni pada satu-satu masa ialah seramai 120 orang.
Jumlah Kakitangan :
Seramai 86 orang kakitangan
Kumpulan Sasar :
“Pesakit Melarat” yang memerlukan jagaan perlindungan serta rawatan berterusan.
Undang-undang berkaitan :
Kaedah-kaedah Pengurusan Rumah-rumah Pesakit Melarat 1978.
SYARAT KEMASUKAN
Kes-kes pesakit melarat yang diterima masuk adalah mereka yang:
Telah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan sebagai melarat;
Tidak menghidap penyakit berjangkit;
Tidak mempunyai keluarga / penjaga atau keluarga / penjaga tidak dapat dikesan / tidak berupaya menjaga mereka;
· Tidak ada sumber pendapatan atau tidak boleh menyara diri sendiri;
PERKHIDMATAN
·
JAGAAN DAN PERLINDUNGAN
·
RAWATAN DAN JAGAAN KESIHATAN
·
PERKHIDMATAN DAN PEMULIHAN FISIOTERAPI
·
BIMBINGAN AGAMA & KEMUDAHAN BERIBADAT
·
BIMBINGAN DAN KAUNSELING
· REKREASI